it's hard to implement, but...it's nice to be truth...

Sistem Affiliate dan Aktiviti Bulan Ramadhan

September 4, 2008 – 5:12 pm | by admin

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ini saya menerima satu pengkhabaran yang mengembirakan. Secara tak tak langsung berita tersebut meningkatkan lagi semangat dan azam saya...bila cerita kat abang saya, dia kata "rezeki bulan puase.."...btol tu ..hehehe

Dalam kesibukan di bulan ramadhan yang mulia ini, saya juga sedang berusaha untuk menyiapkan sistem affiliate untuk produk Panduan Beli Ebook. Insya' Allah, jika siap, saya akan maklumkan kepada umum. Setakat ni, saya bercadang nak bagi minimum XX% dari harga asal. So, kalo sesiapa yang berminat, bolehla mendaftar. :-) . Produk kedua dah siap lama dah, tapi rasa kena review semula, saya check isinya dah banyak yang lapuk...mungkin terpaksa buat balik..(huhu, sedihnya)

Sekarang ni, saya berhadapan dengan Masalah Pengurusan Masa (time management problems).  Sampaikan nak tengok kerja online pun tak sempat. Tapi ia taklah memberi kesan kerana segala kesibukan dan permasalahan itu sentiasa menghasilkan RM yang tinggi.. :-)

Benarlah kata kenalan rapat saya, kijer part-time secara off-line ni, kalo kena gaya boleh jadi rezeki yang tetap. (alhamdulillah, syukur...rezeki Allah sume ni)..bolehla bagi angpow lebih ke adik dan anak2 sedara saya kot..hehe

Apapun, bersama-samalah kita berusaha mencari rezeki yang halal dan berkat di bulan yang mulia ini. Jangan lupa juga pose jangan tak pose..

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , ,

Panduan Setup Getresponse - Keluaran Percuma MazlieNadzri Dari Newbie Untuk Newbie

September 1, 2008 – 8:34 am | by admin

ABSTRACT

This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.

This ebook teach us how to use autoresponder system via Getresponse. All instruction regarding to this ebook is easy to understand and straigh forward. It is suitable for begginers / dummies in autoresponder. Panduan Setup Autoresponder was written by Mazli Nadzri.

SAYA DAN AUTORESPONDER

Saya mula mempelajari autoresponder sewaktu saya memiliki (dan membeli) Pakej Web Jualan Versi ke-2 keluaran Mohd Amirol. Dari situ saya menyedari kepentingan autoresponder sebenarnya memudahkan kerja seorang penjual produk. Sistem autoresponder merupakan produk wajib yang mesti dimiliki oleh mana-mana penjual produk digital.

Berbalik dengan ebook autoresponder ini. Untuk pengetahuan anda, Getresponse merupakan salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan autoresponder secara berbayar. Selain itu, syarikat ini merupakan pesaing terbaik bagi Aweber.

KEPENTINGAN Autoresponder

Autoresponder merupakan satu perkhidmatan yang memudahkan urusan penjual produk digital. Sistem ini bolehlah dianggap sebagai "steno untuk bos yang sibuk". Autoresponder membolehkan mana-mana pengusaha produk digital melakukan pelbagai proses seperti menghantar email susulan (follow-up), maklumat terkini atau promosi pada tempoh yang telah diaturkan secara automatik.


Read the rest of this entry »

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , , , , , , , , , ,

Selamat Menyambut Kemerdekaan dan Ramadan Al-Mubarak

August 31, 2008 – 8:51 am | by admin

(Salam) dan Salam sejahtera.

Setelah 31 Ogos 2008 baru-baru ini, kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51, saya bagi pihak komenebook.com ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak bagi tahun 1929H. Semoga kita semua dapat bermuhasabah (menilai diri sendiri) dan mempertingkatkan amalan.

Harus diingatkan, bagi orang Islam, dari segi hikmahnya, berpuasa mengajar kita menjadi lebih berdisiplin (dari aspek kesihatan dan pengurusan masa). Hikmah paling penting, berpuasa itu dapat menginsafkan diri kita, mengingati kesusahan orang-orang yang daif, faqir miskin dan mereka yang tidak berupaya untuk mencari sesuap rezeki bagi menampung kehidupan.

Oleh itu, jika kita fikir kita ini susah, kita sepatutnya sedar, masih ada lagi insan-insan di dunia ini hidupnya lebih sukar dari kita. Justeru, hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya.

Pada bulan ini juga, setiap muslim dan muslimah diwajibkan membayar zakat fitrah. Zakat itu salah satu dari rukun Islam yang 5. Oleh itu, janganlah kita alpa, buat-buat lupa dan terlalu mengejar kekayaan sampai mengabaikan perintah Allah ini. Berzakat itu "menyucikan" harta kita. Lagipun, ianya(zakat) setahun sekali sahaja. Insya' Allah, jika kita ikhlas mengerjakan segala yang diwajibkan kepada kita, Allah akan menolong kita dari semua segi (Lambat atau cepat bergantung kepada amalan kita pada-Nya).

Buat para surfers, newbie, rakan online dan otai's (experts), saya memohon sepuluh jari, memohon maaf atas apa jua silap saya.

Aktiviti saya pada bulan ini makin ligat dan penuh dengan kesibukan...huhuhu...Apapun, inilah masanya saya mendisiplinkan diri dengan pelbagai urusan :-) . Harap anda semua pun aktif, sihat, ceria, buat duit banyak-banyak dan jangan lupa....

Pose jangan tak pose! :-)

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , , , , , ,

Prepaid Oh Prepaid - Pendapatan Sampingan Terbaik atau Terburuk?

August 24, 2008 – 5:10 pm | by admin

ABSTRACT

This post is dedicated for those who keen in prepaid business. Actually not all prepaid product may satisfy your need. Therefore, I recommended various of prepaid company which may help user in gaining more income. This post is based on my self-opinion, and some of true story of my friends.

PREPAID, CERITA SILAM DAN EVOLUSINYA

Seingat saya, semasa pihak Celcom (sekarang ini merupakan sebahagian Kumpulan TM) memperkenalkan iklan prepaid, dalam keluarga saya, hanya abang kedua saya yang memakai produk ini beserta dengan henpon sebesar "gajah" . Caj panggilan yang dikenakan pada masa itu pun agak mahal, apatah lagi nak beli simkad.

 

Seingat saya lagi, line 018 (ADAM) juga ada masa tu, begitu juga dengan 013 (TM). Namun, kehadiran Maxis sememangnya menggugat pengguna TM dan Celcom. Masih saya ingat, kali pertama saya beli satu simkad Maxis dengan harga RM 198...Fuhh!!! Mahal macam ape! (sekarang ni murah sangat-sangat. Satu simkad boleh dapat dengan serendah RM 10, sape tak tensen loh). Bermula dari situ, mereka saling "berperang" dengan pelbagai strategi.

 

Tengah-tengah syok mereka cuba menarik perhatian pengguna, munculla satu produk yang kini memang lain dari yang lain - Digi! (sekarang ni U-Mobile, tapi masih nak tengok perkembangan dia macam mana). Digi merupakan revolusi prepaid harga rendah, yang kadang-kadang memang tak masuk akal . Sekarang ni Celcom Prepaid, Maxis Prepaid dan Digi Prepaid mempunyai fans yang tersendiri. Ok, kita lupakan pasal itu....


Read the rest of this entry »

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , , , , , , , , ,

Saya Cintai Malaysia, Kenapa Terbalikkan Jalur Gemilang?

August 21, 2008 – 2:54 pm | by admin

(Salam) dan salam hormat buat bloggers yang saya hormati.

"quote" - saya gunakan perkataan "KITA" ; merujuk kepada sesetengah bloggers yang berhasrat menjadi POPULER DENGAN CARA YANG BODOH DAN MEMALUKAN!!! - banyak lagi cara nak glamer sebenarnya...

  1. Kenapa kita perlu mencemari KEBEBASAN berblog dengan memaparkan isu-isu TERLALU sensitif dan menyakiti hati semua?
  2. Kenapa kita berani mempersoalkan sesetengah perkara yang termatub dalam perlembagaan?
  3. kenapa kita TERLALU BERANI melakukan perkara yang MEMANG KETERLALUAN walaupun ianya tiada dalam perlembagaan?
  4. Kenapa TIDAK BERFIKIR SECARA RASIONAL sebelum melakukan apa-apa?
  5. Kenapa dan Kenapa?
Sepanjang saya berblog, saya akui ada sesetengah isu yang saya ulas, seperti kenaikan harga minyak . Namun saya masih lagi bertanggungjawab atas artikel yang telah saya post. saya juga rakyat Malaysia yang masih terasa keperitan atas kenaikan harga minyak baru2 ni.

 

Akan tetapi, masih ada lagi insan yang "berbangga" memalukan Malaysia dengan menterbalikkan bendera MALAYSIA aka Jalur Gemilang; dengan bangganya menyiarkan 'KEMPEN SONGSANG" tersebut dalam blog beliau. (tak pasal-pasal blog ko glamer ya..! Tentu promote ape2 produk pasni laku..jangan lupa letak ads-ads yang boleh tambah ko punye side income! Rugi loh..).

 

Apa dah jadi ni?..kena kamu yang bernama Sheikh Kickdefella dan mereka2 yang menyokong Kickd@** ni? What's your rationale bro?

 

Fikirlah dengan tenang dan lebih rasional. Takkanla kalo nak marahkan nyamuk, satu "set" kelambu dibakar?. Nak marahkan pemimpin kerana tak pandai tadbir ekonomi? Nak marahkan apa yang kamu tak puas hati kat Malaysia ni? takpuah ati itu dan ini..? Banyak lagi cara nak protes bro...

     

  • "“Saya pernah melaluinya. Saya pernah kehilangan pekerjaan dan bukan sekali tetapi lebih dari itu. Saya tahu jerih peritnya. Saya masih ingat hangatnya airmata saya mengalir di pipi sewaktu saya membelai rambut anak saya yang sedang lena. Saya masih merasa pedihnya tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya..."(quote dari penulis blog tersebut) - untuk pengetahuan, Saya pun bukan orang senang dan bukan lahir dalam keluarga senang. Saya juga mempunyai tangungan yang perlu saya pikul, namun saya tak pernah merungut kerana percaya, Allah SWT sahaja dapat berikan rezeki, manusia hanya asbab sahaja. Adakah kerana saya tulis ini kerana saya sudah sengang lenang...you are totally wrong! Saya masih seorang yang berusaha mencari kesenangan dan kebahagiaan DENGAN IZIN ALLAH!
  •  

  • "Apakah saya menerbalikan bendera Malaysia supaya masyarakat mendengar keluhan saya tentang nasib anak-anak watan ini menjadikan saya seorang yang jahat? Setiap hari terpampang di dada akhbar nasib anak-anak watan yang dilanda kemiskinan. Setiap hari terpampang di dada akhbar anak-anak watan mencabut nyawa mereka sendiri bahkan lebih dasyhat mencabut nyawa anak-anak mereka..." (quek dari ucapan hebat beliau). Hanya kamu sahaja yang ada jawapannya. Jika kamu ni seorang pembela negara, kenapa kamu sendiri tak involved dalam bidang politik SERIOUSLY? Asyik-asyik cerita bab filem dan kepopularan kamu seperti dalam ruangan "about myself".. Apa sumbangan dan title "the best of ..itu dan ini" yang kamu dapat, diimplementasikan pada negara BAGI MENGATASI KEMISKINAN YANG MELANDA ORANG-ORANG KAMPUNG MACAM KAMI NI? adakah anugerah yang kamu dapat dihulurkan kepada mereka-mereka yang terseksa dan sengsara kat luar tu?
  •  

  • "Sebuah negara boleh wujud tanpa panji tanpa bendera, tanpa nama dan kebesarannya" (quote lagi dari kata-kata bermadah beliau). so, atas dasar itu kamu boleh cakap apa yang kamu suka, malukan negara, mencemarkan nama baik negara. Subhanallah..saya bukan seorang yang sangat arif dalam bidang agama. Cuma nasihat saya, perlulah Pak Sheikh Kickdefella merujuk kepada kitab teragung kita (Al-Quran), kitab-kitab kupasan ilmu, sirah perjuangan Nabi dan pandangan alim yang muktabar tentang kepentingan mempertahankan agama dan negara..tentu kamu akan faham tindakan kamu ini akan mempengaruhi atau tidak dari segi yang saya maksudkan.

 

Adakah saya keluarkan artikel ini kerana saya seorang penyokong Kuat Kerajaan? Hohohoho...Jika kamu berpandangan itu macam..terpulanglah...Saya ini lebih cenderung dalam bidang akademik. sebagai orang akademik, saya tidak akan cenderung kepada mana-mana pihak yang mempertahankan yang batil. Bacalah sejarah (bagi orang Islam, sambil baca, jangan lupa kita ada "2 Kitab Utama yang kena kita pertahankan sampai bila2), kajilah dengan teliti bagaimana orang-orang yang terdahulu berjuang dalam mempertahankan negara yang kita semua "menginap" sekarang ni...

 

SAYA CINTAKAN NEGARA SAYA DAN SAYA SANGGUP MEMPERTAHANKAN AGAMA YANG SAYA ANUTI DAN NEGARA YANG SAYA CINTAI DARI ANASIR-ANASIR YANG TIDAK DIINGINI (andainya berlaku hal-hal diluarjangka).

 

Andaikata saya tidak bersetuju dengan apa tindakan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berkepentingan dalam Malaysia ini, saya tidak akan mengikuti cara kamu dengan menterbalikkan Jalur Gemilang!

 

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , , , , , ,